Catatan Popular

topbella

Sabtu, 10 September 2011

ANGGAP SAJA!

ANGGAP SAJA!!
Anggap hidup ini,
Tak pernah buat kita menderita,
Anggap cinta ini,
Tak pernah buat kita terluka,
Anggap ujian ini,
Buat kita lebih dewasa,
Jadi…
Anggaplah dirimu sebutir permata
Dalam pasir berjuta,
Kerana…
Kenangan akan tinggal kenangan,
Harapan akan tinggal harapan,
Andai tidak kembali diukir,
Pasti ia akan berakhir!

                                                                  
AKU DAN KUALA…
Di kuala ini,
Dalam kesamaran sang mentari beranjak pergi,
Ku terfikir sendiri…
Mengapa harus ku begini?
Terlalu hinakah diriku ini?
Terlalu sumbangkah ciptaan yang satu ini?
Kurenungi sendiri,
Mengapa harus kukesali?
Mengapa harus kutangisi?
Telah tersurat takdirku sebegini!
Kusenyum sendiri…
Kurenungi kuala ini,
Mengalirkan airnya tanpa henti,
Matahari terbenam tampak berseri,
Perahu berlabuh sepi di hentian kuala ini,
Biar kutafsir diri,
Mogaku akan lebih mengenali,
 diriku ini.
                                 

Rabu, 7 September 2011

SELOKA RAYA

1.Suasana malam sunyi sepi,
Lampu neon peneman diri,
Teman taulan sudah pulang ke kampung destinasi,
Kita pula bila lagi?

2.Madrasah Ramadhan kita diami,
Setahun hanya  dirasa sekali,
Tahun depan insyaallah ada lagi,
Tapi masihkah kita di dunia ini?

3.Bulan Ramadhan bulan dirahmati,
Pintu syurga dibuka buat hamba-Nya yang abdi,
Sebulan melalui proses tarbiah tanpa henti,
Yakinkah kita kemenangan ini layak dirai?

4. Ramadhan yang dicintai mula beransur pergi,
Lailatul Qadr jadi impian insani,
10 ramadhan terakhir penuh terisi,
Segala amalan ibadah moga jadi bekalan diri.

5.Budak –budak asyik berlari,
Membakar mercun sana-sini,
Tibanya lebaran yang dinanti,
Maaf dipinta andai ada mengguris hati.

6.Setiap hari berceloteh tanpa henti,
Ada yang  terasa dan sakit hati,
Tergamak hati ini buat tidak mengerti,
Kononnya ditunggu datangnya aidilfitri,
Bila raya tiba mula meraih simpati,
Sana sini ampun dipinta dan dinanti,
Apa nak jadi dengan kita ini??
Diri ini pun tak sesekali terkecuali,
Rambut sama hitam,
Hati kita adakah berwarna-warni?
Memang Allah mencipta tidak sama sebiji,
Kerna kuasaNYA tiada yg boleh menandingi,
Segala yang tersalah dan yang dikasari,
Mohon segera dimaafi,
Takut juga diri esok tidak bangun pagi,
Sedar-sedar rumah kata pergi,
Kubur kata mari,
Astaghfirullahhal azim,sedar diri ini,
Bukan kekal abadi,
Namun lengkapkah segala persiapan diri?
Untuk bertemu Rabbi,
Segala tutur maknawi terungkap kini,
Moga bertemu selepas bercuti,
Jangan ada cedera sana-sini,
Ku garap coretan lahir dari hati,
Buat teman2 yang sentiasa  kukasihi lagi kuingati,
Salam semurni kasih daripada diri ini,
Gadis manis anak BALING jati.

DF + BOIKOT VS @ = ISU SEMASA.


         Salam sesegar hembusan angin pagi,semoga jiwa-jiwa kita sentiasa dalam peliharaan-Nya,insyaallah..Apa khabar iman kita hari ini ya??
 Sabda Rasulullah Salallahualaihiwasallam,maksudnya:
“sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya di atas hati anak Adam.Apabila beliau(anak Adam) berzikir, syaitan itu akan berundur dan apabila beliau lupa kepada Allah,syaitan akan mengunyah hatinya.”
Nauzubillahiminzalik,mg2 kita semua dilindungi.Syaratnya?Dengan mengingati Allah SWT selalu(zikir).
    Pagi yang indah,hati ini bagai ditarik2 untuk menulis sesuatu sebagai perkongsian dengan antum semua.Tengok tajuk pun dah jelas sebenarnya. Dakwah Fardiah(DF).Tapi kalau tidak faham,jangan la pening pulak tengok tajuk ni,macam rumus Matematik pulak jadinya.Kenapa ana perlu letak ‘DF  + BOIKOT vs@=ISU SEMASA’?
        Malam khamis kelmarin,ana menghadiri Ceramah pasal Isu Palestin,MyV Marmara(ana pun x tau program tu nama pa,pakai hentam p ja).Mungkin ramai lagi dalam kalangan antum yang turut sama menghadiri majlis tersebut.Dalam banyak2 perkongsian daripada Tuan Haji Noorazman yang sangat menyentuh hati,ana tertarik pada seruannya untuk semua yang hadir supaya memboikot barangan daripada Yahudi laknatullah itu.Antaranya,seperti yang ramai tahu,McDonald dan sebagainya.
    Fikiran ana kembali terimbas pada GRUM yang lepas,di mana setiap peserta bersungguh2 melakukan DF dan bercakap mengenai isu Palestin,Save GAZA,dan seumpamanya sebagai isu utama.Kiranya DF pada waktu tersebut memanglah berfokus pada isu tersebut sepenuhnya,begitulah boleh dikatakan.Ana sendiri,itulah pengalaman DF yang menarik ana rasakan,dengan pengetahuan sepicing cuma,ana dan rakan-rakan berapi2 bercakap pada masyarakat di lokasi tersebut mengenai isu ini.Macam –macam alternatif kami guna pakai waktu itu,buat kad bentuk kapal,LOVE, dan sebagainya untuk diberi pada orang ramai. Pelbagai reaksi yang kami temui,malah yang menariknya ada seorang kakak ni,dia seronok mendengar ana bercakap pasal isu ini,sampai dia cakap,cerita la lagi,dia nak dengar.Mati kutu ana jadinya,bukan tahu sangat pun masa tu,jadi ana terpaksa berterus terang,tapi ana ‘cover’ dengan cerita sejarah zaman Nabi kemudian kait semula dengan isu Palestin.Nasib baik,sebelum buat DF,hari sebelumnya kami ada Slot bersama DR.HAFIDZI,boleh la guna pakai sikit2 apa-apa yang diingat daripada ceramah DR. Itulah,sedikit sebanyak pengalaman ana buat DF +kempen BOIKOT mengenai isu ini.
   Dalam ana dok bercerita panjang ni,sebenarnya tu baru mukaddimah,belum masuk ke cerita sebenar yang ana nak kongsi lagi.Yang ana nak cerita sebenarnya adalah pengalaman ana di DF kan oleh seorang Pak Cik di atas bas.Minggu lalu,ana balik kampung 2 hari.Sehari di rumah kak ana,hari kedua baru balik rumah.Jadi rumah kak Long ke rumah ana kena la naik kenderaan,tak mahu susahkan abang ipar ana,ana bercakap,berlagak,tapi sebenarnya berseloroh ja,malas nak susahkan orang. “Eleh,kalau depa tolak acik nanti,acik tolak ja depa balik”kata ana  menyedapkan hati k.long dan suaminya.Maklumlah waktu itu,waktu kemuncak budak-budak balik sekolah,dan kebetulan minggu balik kampung bagi pelajar asrama,pasti keadaannya sangat sesak.Berhenti sahaja bas di tempat kami menunggu,ana la paling semangat pergi berdiri di pintu bas di bahagian depan.Ceh,malang betul,buat malu ja.Pak Cik bas tu tak buka pintu depan pun,sebaliknya hanya buka pintu belakang.Alamatnya,jadilah ana antara orang yang terakhir naik bas,dan tentu2 la tak dapat tempat duduk. Eh, ana ok ja berdiri2 ni.Yang penting ramai lagi orang kena diri,tak la malu sangat.Kebetulan tempat ana berdiri,kerusi yang terletak berhampiran ana tu,duduknya oleh seorang Pak cik tua,berusia dalam lingkungan 60-an begitu,tapi di tepi tingkap la.Di sebelahnya duduk seorang pelajar perempuan sekolah yang abang ipar ana mengajar.Nak dijadikan cerita,rumah budak perempuan ni x la jauh mana,sekejap saja dah sampai.Bila dia turun,kiranya kerusi yang didudukinya tadi menjadi kosong.Ana melihat Pak Cik tadi mengalih pandangan kepada kami yang berdiri(kami semuanya perempuan).Pandangan seolah-olah berkata, “pasai pa kerusi kosong hangpa x duduk,tadi dok rebut2 sangat”tu teka ana saja la.Ana yang perasan pandangan kurang senang Pak Cik tersebut,bertindak menyuruh budak kampung ana yang usianya jauh lebih muda daripada ana untuk duduk.Dia menggeleng sambil tersenyum2,pelawaan ana yang tidak dilayan,ana ubah dengan meminta seorang adik sekolah rendah untuk duduk,yang berdiri tidak jauh daripada kami.Adik kecil tersebut langsung duduk apabila disuruh.Pelajar perempuan yang usianya muda sedikit daripada ana saling tersenyum sesama kami,entah apa yang mereka senyumkan ana pun x pasti,mungkin mereka nak duduk,tapi macam ana juga,segan. Maklumlah yang lebih kecil ramai,bagi la can kat adik2 tu untuk duduk.Tahu apa reaksi Pak Cik tu,sambil memandang ana???
“Oh,nak duduk tepi aku,x mau,malu la konon,dok dating,dok peluk dengan jantan,x malu pulak.Malu nak dok tepi aku,sokong Yahudi,beli rokok Yahudi,makan barang Yahudi,x malu pulak.Dok pakai handset yang Yahudi buat,hangpa x malu pulak,yang tu la hangpa dok guna mesej la dok telepon  p.we hangpa. Nak dok tepi aku ja hangpa tau malu”lebih kurang macam tu Pak Cik tu DF kami,atau mungkin lebih tepatnya DF ana. Berdesing jugak telinga ana mendengarnya. ‘Sabar saja la duhai hati,orang tua2’.Pujuk ana sendiri. Mula2 memang dah naik angin ana jadinya,kami semua membisu mendengar DF@omelan Pak cik tersebut.Tapi dalam nak marah ana,ana dok fikir2,ana tergelak pulak,macam lucu pulak jadinya.Sebab tiba2 ana terfikir,wah hebatnya Pak Cik ni buat DF,dan berkempen untuk memboikot barang Yahudi.Ada caranya tersendiri,ana pun x sanggup buat macam tu,jadinya hati yang panas pada mulanya,jadi dingin sendiri,malah mulut yang mencuka,jadi senyum berpanjangan pula. “X pa la,Pak Cik. saya terima kata2 Pak Cik,yang penting saya bukan buat yang macam Pak Cik kata,semoga saya sentiasa sedar diri”doa ana di dalam hati.Sungguh x sangka hari tersebut ana  pulak di ‘DF’ dengan agak tragis,ya x? Dunia,macam2 orang kita boleh jumpa,mcm2 perangai,mcm2 pendekatan,bak kata Pak Cik Astro, ‘macam2 ada’.
Wallahu’alam.



Mengenai Saya