1.Suasana malam sunyi sepi,
Lampu neon peneman diri,
Teman taulan sudah pulang ke kampung destinasi,
Kita pula bila lagi?
2.Madrasah Ramadhan kita diami,
Setahun hanya dirasa sekali,
Tahun depan insyaallah ada lagi,
Tapi masihkah kita di dunia ini?
3.Bulan Ramadhan bulan dirahmati,
Pintu syurga dibuka buat hamba-Nya yang abdi,
Sebulan melalui proses tarbiah tanpa henti,
Yakinkah kita kemenangan ini layak dirai?
4. Ramadhan yang dicintai mula beransur pergi,
Lailatul Qadr jadi impian insani,
10 ramadhan terakhir penuh terisi,
Segala amalan ibadah moga jadi bekalan diri.
5.Budak –budak asyik berlari,
Membakar mercun sana-sini,
Tibanya lebaran yang dinanti,
Maaf dipinta andai ada mengguris hati.
6.Setiap hari berceloteh tanpa henti,
Ada yang terasa dan sakit hati,
Tergamak hati ini buat tidak mengerti,
Kononnya ditunggu datangnya aidilfitri,
Bila raya tiba mula meraih simpati,
Sana sini ampun dipinta dan dinanti,
Apa nak jadi dengan kita ini??
Diri ini pun tak sesekali terkecuali,
Rambut sama hitam,
Hati kita adakah berwarna-warni?
Memang Allah mencipta tidak sama sebiji,
Kerna kuasaNYA tiada yg boleh menandingi,
Segala yang tersalah dan yang dikasari,
Mohon segera dimaafi,
Takut juga diri esok tidak bangun pagi,
Sedar-sedar rumah kata pergi,
Kubur kata mari,
Astaghfirullahhal azim,sedar diri ini,
Bukan kekal abadi,
Namun lengkapkah segala persiapan diri?
Untuk bertemu Rabbi,
Segala tutur maknawi terungkap kini,
Moga bertemu selepas bercuti,
Jangan ada cedera sana-sini,
Ku garap coretan lahir dari hati,
Buat teman2 yang sentiasa kukasihi lagi kuingati,
Salam semurni kasih daripada diri ini,
Gadis manis anak BALING jati.
0 ulasan:
Catat Ulasan